Berita Jenayah
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
BATU PAHAT 5 SEPTEMBER - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat merampas lebih 600 kartrij vape disyaki mengandungi cecair dadah ‘Piu Piu’ bernilai RM160,000 dalam operasi penguatkuasaan di perairan Senggarang, di sini, semalam.
Pengarah APMM Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan ketika bot peronda APMM menjalankan rondaan di perairan berkenaan.
Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri bersama bot fiber terbabit selepas menyedari kehadiran bot peronda terbabit.
“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati terdapat sebuah beg berwarna hitam yang mengandungi lebih 600 kartrij vape disyaki dadah jenis ‘Piu Piu’ bernilai RM160,000.
“Kesemua barang rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat APMM di Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut.
“Sampel cecair vape berkenaan akan dihantar untuk analisis makmal bagi mengesahkan kandungan bahan yang disyaki sebagai dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
