Berita Jenayah
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
KAJANG 6 SEPTEMBER - Seorang lelaki warga asing diburu selepas polis menemukan tiga paket plastik berisi serbuk kristal disyaki syabu seberat 2.13 gram dalam Honda City dipandunya, semalam.
Terdahulu, Honda City itu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Reko di sini, jam 6.15 petang, selepas lelaki itu melarikan diri daripada pemeriksaan polis.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, seorang wanita warga asing yang berada di dalam kereta berkenaan dapat ditahan dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Ketika kejadian, anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengarahkan Honda City terbabit berhenti untuk pemeriksaan.
Suspek kemudiannya memecut ke arah Semenyih sebelum memasuki Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) menuju ke Jalan Reko.
“Kereta itu dipandu secara berbahaya dan terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan awam sebelum ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Reko.
“Pemandunya dapat melarikan diri, manakala wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan ditahan. Dia turut gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SM Norhafdzeli Ismail di talian 010-373 5508 atau IPD Kajang di talian 03-89114222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
