Berita Jenayah
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
TEMERLOH 6 SEPTEMBER - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menerima layanan kasar daripada pengasuh di sebuah taska di Mentakab, di sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian itu pada 5 September.
Menurutnya, polis menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita Melayu berusia 29 tahun, kira-kira jam 6 petang pada hari sama.
“Pengadu mendakwa mangsa yang dihantar ke pusat asuhan di salah sebuah taska di daerah Temerloh menerima layanan kasar daripada pengasuh berkenaan.
“Polis membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Katanya, tindakan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
