Berita Politik
UMNO Kelantan anggap pengumuman Muhyiddin calon PM ke-11 sebagai langkah terdesak
KOTA BHARU 9 Sept. – UMNO Kelantan menempelak tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11, sambil menyifatkannya sebagai strategi terdesak dan retorik politik lama yang sudah tidak mendapat sambutan rakyat.
Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor, berkata langkah itu seolah-olah cuba mengitar semula kepimpinan yang sebelum ini pernah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Rakyat sudah menilai pentadbiran beliau. Apa hasilnya? Negara berdepan ketidaktentuan politik, pelabur hilang keyakinan, ekonomi perlahan. Kenangan itu masih segar dalam ingatan rakyat. Jadi, cukuplah menjual mimpi lama,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut beliau, tindakan Bersatu itu juga memberi gambaran jelas bahawa parti berkenaan kekurangan tokoh pelapis serta hala tuju yang mantap dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
Noor Hariri menegaskan, pengumuman itu lebih dilihat sebagai usaha mengalih perhatian daripada perpecahan dalaman Perikatan Nasional (PN) serta kegagalan negeri-negeri tadbiran gabungan tersebut.
“Daripada sibuk mempromosikan siapa bakal Perdana Menteri, lebih baik mereka menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat di negeri yang dipimpin. Di Kelantan, isu air masih membelenggu, peluang pekerjaan terbatas, kemudahan asas pula lemah. Semua itu patut diberi perhatian,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa UMNO akan kekal dengan pendekatan realistik serta berlandaskan agenda pembangunan negara, bukan bergantung kepada tokoh lama sebagai jawapan kepada cabaran semasa.
“UMNO tidak akan masuk perangkap retorik basi. Rakyat perlukan penyelesaian konkrit, bukan slogan berulang atau ‘watak lama’ dijadikan modal politik. Cukuplah dengan sandiwara sebegini,” katanya lagi.
Pada Ahad lalu, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, sebagai Perdana Menteri ke-11 daripada parti berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 20, 2026, 2:49 pm
Belum ada rundingan PH-BERSATU – Fahmi
September 20, 2026, 9:38 am
Muhyiddin sahkan kerjasama politik Bersatu-Pas sudah berakhir
September 20, 2026, 9:36 am
Muhyiddin tak tolak perbincangan kerjasama politik baharu bersama PH
September 19, 2026, 9:13 am
Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH - Fadhlina
September 10, 2026, 12:18 pm
PAU 2026: Sumbangan masa lalu tak cukup, UMNO perlu raih kepercayaan rakyat
September 10, 2026, 12:09 pm
PAU 2026: Kemenangan di Johor, Negeri Sembilan bukan untuk mendabik dada - Noraini
September 10, 2026, 11:48 am
PAU 2026: Puteri UMNO berhasrat jadi jambatan penyatuan Melayu
September 10, 2026, 11:36 am
PAU 2026: Puteri UMNO desak wanita muda diberi ruang memimpin, buat keputusan
September 8, 2026, 10:23 am
Penyatuan PAS, UMNO boleh dicapai jika ada kompromi agihan kerusi PRU16
September 7, 2026, 10:27 am
