Berita Dunia
Bot misi kemanusiaan ke Gaza diserang dron di perairan Tunisia
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Sebuah bot utama yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan diserang sebuah dron ketika belayar di perairan Tunisia, semalam.
GSF dalam kenyataan memaklumkan bot yang dikenali sebagai Family Boat itu membawa ahli jawatankuasa pemandu flotila, selain turut dikibarkan di bawah bendera Portugal ketika serangan berlaku.
“Serangan tersebut mengakibatkan kebakaran pada bahagian dek utama serta ruang simpanan bawah dek. Bagaimanapun, kesemua enam penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat,” kata kenyataan itu.
Menurut GSF, kejadian berkenaan jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan serta menggagalkan misi mereka, namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat.
“Misi aman kami bagi memecahkan kepungan rejim Zionis terhadap Gaza akan diteruskan dengan penuh tekad dan iltizam. Cubaan pencerobohan ini tidak akan melemahkan usaha kami untuk berdiri bersama rakyat Palestin,” tegasnya.
Berikutan insiden itu, GSF memaklumkan pihaknya sedang melancarkan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut berhubung serangan berkenaan. - Media Telus
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
