Berita Berita
RM170 juta dikaitkan dengan Ismail Sabri kini sah jadi milik kerajaan – Azam Baki

PUTRAJAYA 9 Sept - Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pelucuthakan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekali gus menjadikan dana tersebut sah menjadi milik kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata keputusan itu dibuat selepas pihak responden tidak mencabar permohonan berkenaan.
“Ini bermakna wang tersebut secara rasmi menjadi milik kerajaan. Proses memasukkannya ke dalam Consolidated Fundsedang dilakukan dan dijangka dikreditkan ke akaun kerajaan dalam tempoh terdekat.
“Bagaimanapun, pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih belum membuat keputusan untuk mendakwa mana-mana individu dalam kes ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, prosiding di hadapan Hakim Suzana Hussin dimaklumkan bahawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, tidak berhasrat mencabar permohonan pelucuthakan itu.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, kedua-dua responden telah menghantar surat kepada mahkamah bertarikh 28 Ogos bagi menyatakan pendirian mereka.
Sementara itu, mengulas kes berasingan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Azam berkata, Datuk Albert Tei bersama dua lagi ADUN telah pun didakwa di mahkamah.
“Bagi enam ADUN lain, keputusan masih menunggu arahan daripada pihak TPR,” jelasnya.
Berita berkaitan
September 9, 2025, 8:25 pm
Juara dunia dapat ‘durian runtuh’ RM125,000 dari Sen Heng
September 9, 2025, 7:01 pm
IUC buka laluan kerjaya global mahasiswa di Jepun
September 9, 2025, 6:38 pm
Kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi selesai secara baik
September 9, 2025, 5:30 pm
Bapa sujud syukur, 8 anak akhirnya dapat sijil lahir, boleh bersekolah
September 9, 2025, 5:03 pm
Kes buli pelajar di Kedah meningkat 200 peratus
September 9, 2025, 4:44 pm
Inkues Zara Qairina: Doktor sahkan kecederaan di kepala arwah akibat hentakan objek tumpul
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm
MCMC teruskan siasatan isu dakwaan Muhyiddin berkaitan subsidi RON95
September 9, 2025, 2:41 pm