TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Juara dunia dapat ‘durian runtuh’ RM125,000 dari Sen Heng

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Sept– Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal menerima ganjaran bernilai RM125,000 daripada Senheng sebagai penghargaan atas kejayaan mereka muncul juara dunia baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng berkata, sumbangan itu bukan sekadar meraikan kejayaan mereka, malah sebahagian daripada visi untuk membantu Malaysia meraih pingat emas pertama di pentas Olimpik.

“Ketika saya bertemu Datuk Jack (Koh) pada 2007, kami sepakat bahawa jika Malaysia mahu emas Olimpik pertama, ia perlu bermula dari akar umbi. Maka lahirlah biasiswa SS Junior Badminton Talent yang melibatkan pelaburan RM12 juta dalam tempoh enam tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tang Jie, yang pernah menjadi penerima biasiswa berkenaan, akan menerima RM100,000 tunai, manakala rakan gandingannya, Ee Wei pula bakal menerima produk elektronik bernilai RM25,000.

Majlis penyerahan dijadual berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Khamis ini.

Kim Heng berkata, pihaknya melihat sumbangan tersebut bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR), sebaliknya satu keistimewaan untuk membentuk juara masa depan negara.

+ - reset