Berita Berita
Kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi selesai secara baik

KUALA LUMPUR 9 Sept – Kes saman fitnah difailkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Saman yang difailkan Tuan Ibrahim pada 17 November 2022 itu berkaitan kenyataan didakwa berunsur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.
Semasa prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill, peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
“Berdasarkan terma yang dipersetujui, pihak plaintif memohon menarik balik saman tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah berhubung kos,” katanya.
Perkara itu turut disahkan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Rafizi.
Susulan itu, mahkamah membatalkan saman berkenaan dan melapangkan semua tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini.
Berita berkaitan
September 10, 2025, 12:24 am
'Fitnah sampai kaitkan arwah ibu saya' - Fadhlina lapor polis komen kaitkan dengan pengetua sekolah Zara Qairina
September 9, 2025, 8:25 pm
Juara dunia dapat ‘durian runtuh’ RM125,000 dari Sen Heng
September 9, 2025, 7:01 pm
IUC buka laluan kerjaya global mahasiswa di Jepun
September 9, 2025, 5:30 pm
Bapa sujud syukur, 8 anak akhirnya dapat sijil lahir, boleh bersekolah
September 9, 2025, 5:03 pm
Kes buli pelajar di Kedah meningkat 200 peratus
September 9, 2025, 4:44 pm
Inkues Zara Qairina: Doktor sahkan kecederaan di kepala arwah akibat hentakan objek tumpul
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm