TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MCMC teruskan siasatan isu dakwaan Muhyiddin berkaitan subsidi RON95

By
|
Kongsi
image

CYBERJAYA 9 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan siasatan berhubung dakwaan dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pemberian subsidi RON95 masih dijalankan.

Menurut kenyataan hari ini, semakan awal terhadap kandungan tular di media sosial telah dibuat dengan kerjasama penyedia platform terlibat.

“Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan,” jelas kenyataan itu.

Setakat ini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian serta arahan susulan.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, berintegriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang. - Media Telus

+ - reset