Berita Berita
Kes buli pelajar di Kedah meningkat 200 peratus

ALOR SETAR 9 Sept – Kes buli membabitkan pelajar sekolah di Kedah menunjukkan peningkatan mendadak apabila 30 kes dilaporkan sejak Januari hingga Ogos tahun ini, berbanding hanya 10 kes sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, peningkatan sebanyak 200 peratus itu membimbangkan pihaknya, sekali gus mendorong kerjasama lebih rapat bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membendung gejala berkenaan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan tiada keperluan untuk menubuhkan skuad khas, sebaliknya kes buli akan terus ditangani Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
“Antara langkah yang dirancang ialah melakukan lawatan ke asrama pada hujung minggu atau cuti sekolah, kerana ketika itu pelajar lebih aktif.
"Sekolah yang terbabit pula hanya yang dikenal pasti mempunyai masalah buli,” katanya pada sidang media selepas Program Taklimat PDRM Kontinjen Kedah di Universiti Antarabangsa Al-Bukhary, di sini, hari ini.
Beliau menambah, pegawai kanan termasuk Ketua Polis Daerah (OCPD) turut diarahkan turun padang bagi memastikan tindakan pencegahan dilaksanakan dengan berkesan.
Berita berkaitan
September 10, 2025, 12:24 am
'Fitnah sampai kaitkan arwah ibu saya' - Fadhlina lapor polis komen kaitkan dengan pengetua sekolah Zara Qairina
September 9, 2025, 8:25 pm
Juara dunia dapat ‘durian runtuh’ RM125,000 dari Sen Heng
September 9, 2025, 7:01 pm
IUC buka laluan kerjaya global mahasiswa di Jepun
September 9, 2025, 6:38 pm
Kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi selesai secara baik
September 9, 2025, 5:30 pm
Bapa sujud syukur, 8 anak akhirnya dapat sijil lahir, boleh bersekolah
September 9, 2025, 4:44 pm
Inkues Zara Qairina: Doktor sahkan kecederaan di kepala arwah akibat hentakan objek tumpul
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm