TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Adik tu bukan tak pandai, tapi ada pelajar yang lebih pandai' - Dr Akmal desak Ka Siong mohon maaf isu kemasukan pelajar ke UM ​​​​​​​

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 10 Sept – Pemuda UMNO mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong supaya memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kenyataannya mengenai isu seorang pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di Universiti Malaya (UM).

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan awal Ka Siong seolah-olah menggambarkan sistem kemasukan universiti rosak, sedangkan terdapat lebih ramai calon lain yang memiliki merit lebih tinggi.

“Adik itu bukan tidak pandai, memang dia pandai. Tetapi ada lebih ramai pelajar kita yang sangat cemerlang dan layak berbanding adik ini.

“Meritnya 99.9 peratus, tetapi hakikatnya ada lebih ramai pelajar memperoleh merit 100 peratus, sedangkan tempat di UM amat terhad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tuduhan yang dibuat Ka Siong adalah tidak wajar kerana ia mencemarkan imej baik KPT serta penjawat awam yang telah melaksanakan tanggungjawab secara telus.

“Kita desak YB (Wee) menyatakan permohonan maaf kepada KPT kerana penjawat awam telah melaksanakan tugas dengan sangat baik tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak,” ujarnya.

Beliau menegaskan, profesionalisme sudah lama diterapkan dalam sistem pengurusan kemasukan pelajar ke universiti awam.

“Kalau malu nak minta maaf secara terbuka, YB boleh berjumpa Menteri Pendidikan Tinggi sendiri untuk memohon maaf,” katanya.

Terdahulu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa seorang pelajar cemerlang tidak menerima tawaran ke program pengajian perubatan di UM walaupun memperoleh keputusan yang baik.

Namun, penjelasan lanjut KPT mendapati calon terbabit memiliki merit 99.9 peratus, tetapi persaingan sengit berlaku apabila lebih ramai pelajar memperoleh merit penuh 100 peratus, sedangkan kapasiti kemasukan adalah terhad.

+ - reset