Berita Dunia
Kapal Global Sumud Flotilla sekali lagi diserang dron di Tunisia
TUNIS 10 Sept. – Sebuah lagi kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan diserang dron ketika berlabuh di perairan Tunisia pada Selasa malam.
GSF dalam kenyataan di media sosial mengesahkan insiden itu namun menegaskan tiada kecederaan berlaku terhadap anak kapal.
“Sebuah kapal lagi telah terkena serangan. Malam kedua, serangan dron kedua,” kata salah seorang penyelaras flotila, Melanie Schweizer, dipetik AFP.
Kejadian itu berlaku hanya sehari selepas sebuah kapal lain dalam misi sama dilaporkan terkena serangan dron berhampiran pantai Sidi Bou Said. Bagaimanapun, pihak berkuasa Tunisia sebelum ini menegaskan mereka tidak mengesan sebarang aktiviti dron di kawasan berkenaan.
Flotila berkenaan merupakan inisiatif antarabangsa untuk memecahkan sekatan laut Israel terhadap Gaza. Ia dijadual menyambung pelayaran pada Rabu selepas beberapa kali tertangguh akibat faktor cuaca dan isu teknikal.
Antara peserta berprofil tinggi misi ini ialah aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg, yang sebelum ini menyampaikan ucapan solidariti kepada penyokong pro-Palestin di Tunisia pada Ahad lalu. - Media Telus
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
