Berita Dunia
Isteri bekas PM Nepal maut dibakar perusuh Gen Z
KATHMANDU 10 Sept – Isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, Rajyalaxmi Chitrakar, meninggal dunia selepas melecur teruk apabila rumah mereka di kawasan mewah Dallu dibakar penunjuk perasaan, lapor media tempatan.
Menurut portal Khabarhub, Rajyalaxmi terperangkap di dalam rumah ketika kumpulan penunjuk perasaan bertindak membakarnya.
Beliau berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Kirtipur dalam keadaan kritikal, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Tragedi itu berlaku di tengah-tengah demonstrasi besar-besaran generasi Z (Gen Z), iaitu kumpulan yang lahir antara 1997 hingga 2012, yang semakin ganas hingga memaksa Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, meletak jawatan.
Selain kediaman peribadi, penunjuk perasaan turut membakar beberapa bangunan kerajaan termasuk Parlimen dan Pejabat Presiden di Kathmandu.
Protes yang bermula pada 8 September 2025 tercetus selepas kerajaan mengharamkan 26 platform media sosial utama seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan YouTube atas alasan cukai serta keselamatan siber. Namun, rakyat menilai langkah itu sebagai cubaan menyekat kebebasan bersuara dan mengekang bantahan.
Sejak dua hari lalu, rusuhan berterusan itu telah meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa manakala lebih 500 orang dilaporkan cedera.
Penunjuk perasaan mendesak kerajaan membanteras gejala rasuah dan amalan kronisme selain menuntut pentadbiran yang lebih bertanggungjawab serta telus dalam membuat keputusan. – AGENSI
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
