Berita Dunia
Polis Nepal sahkan 13,500 banduan lari dari penjara ketika rusuhan Gen Z, 22 terbunuh
KATHMANDU, 11 Sept – Nepal berdepan krisis keselamatan terbesar dalam sejarah moden negara itu apabila lebih 13,500 banduan dilaporkan melarikan diri dari penjara di seluruh negara susulan protes antikerajaan yang mencetuskan rusuhan berdarah minggu ini.
Jurucakap Polis Nepal, Binod Ghimire, mengesahkan insiden tersebut selain memaklumkan tiga anggota polis terbunuh ketika cuba mengawal keadaan pada Rabu.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan banduan dari Penjara Dillibazar di Kathmandu berusaha melarikan diri sebelum sebahagian daripada mereka berjaya ditahan tentera.
Dalam pada itu, tentera Nepal kini menguasai jalan-jalan utama di Kathmandu selepas penunjuk perasaan bertindak membakar bangunan Parlimen serta memaksa Perdana Menteri, K. P. Sharma Oli meletak jawatan.
Tentera turut mengumumkan perintah berkurung melalui pembesar suara, dengan kenderaan perisai dikerahkan di jalan raya yang lengang, di tengah puluhan bangunan dan kenderaan hangus dibakar.
Ketua Tentera Nepal, Jeneral Ashok Raj Sigdel, menyeru penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi dan memilih jalan damai untuk menyelesaikan krisis.
Protes yang bermula Isnin lalu, digerakkan oleh kumpulan belia dikenali sebagai pergerakan Gen Z, pada asalnya membantah larangan kerajaan terhadap media sosial dan isu rasuah, namun merebak menjadi demonstrasi besar-besaran.
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam tindakan keras pihak berkuasa, manakala rumah rasmi Perdana Menteri Oli turut diserang dan dibakar pada Selasa, mendorong beliau meletak jawatan.
Lokasi terkini beliau masih tidak diketahui.
Nepal, dengan kadar pengangguran belia melebihi 20 peratus dan KDNK per kapita hanya AS$1,447, kini berdepan tekanan hebat di tengah ketidakstabilan politik dan ekonomi.
Beberapa platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan X yang disekat sebelum ini telah dibuka semula selepas protes merebak ke seluruh negara.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
