Berita Viral
Suami isteri kantoi belanja sakan hingga RM400 bantuan SARA guna MyKad curi di Kuala Selangor
KUALA LUMPUR 11 Sept – Seorang wanita terkejut apabila wang bantuan MySara yang dikumpulnya untuk membeli keperluan rumah hilang selepas didapati digunakan individu tidak dikenali melalui MyKad suaminya yang hilang pada awal bulan ini.
Norasyikin Turmingan, 30, berkata perkara itu disedari selepas beliau dan suami membuat semakan baki bantuan di laman sesawang MyKasih.
“Terkejutnya kami apabila dapati MySara tinggal RM1 lebih macam tu, yang bantuan MyKasih pula tinggal RM11. Kami tak pernah guna, sebab niat nak kumpul beli barang rumah sekali banyak.
“Sebab sebelum ni bila kami pergi ke pasar raya mesti sistem ‘down’. Tapi tak sangka jadi begini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.
Norasyikin yang bekerja sebagai peniaga memaklumkan, mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor semalam bagi memastikan pelaku ditangkap.
Katanya, hasil semakan mendapati transaksi dibuat empat kali di tiga pasar raya berbeza pada 4, 6 dan 7 September.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah pasar raya, pelaku dipercayai sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an.
“Asalnya suami cakap kalau orang susah ke orang tua halalkan sahaja. Tapi susah sebab duit itu hak kami. Sedih sebab kami kumpul untuk beli barang keperluan rumah. Saya nak hak saya balik, sebab tu saya buat laporan polis,” ujarnya.
Norasyikin yang juga ibu kepada tiga anak berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula mekanisme penyaluran bantuan dengan menyalurkannya terus ke akaun bank bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Selain itu, beliau turut menggesa pihak kerajaan dan pasar raya mengetatkan prosedur agar hanya pemilik kad pengenalan dibenarkan membuat pembelian.
“Boleh tegas sedikit lepas ni, sama ada kalau nak beli barang tu pakai kata laluan ke. Atau semak sama ada betul ke yang membeli tu pemilik kad pengenalan tersebut,” katanya.
Terdahulu, hantaran Norasyikin di Facebook tular selepas beliau memohon orang ramai yang mengenali individu menggunakan MyKad suaminya tampil bagi membantu menyelesaikan isu berkenaan.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
