Berita Berita
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar

MERSING 13 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perpaduan di Malaysia hanya akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan, pada masa sama memastikan hak kaum lain sebagai warganegara tidak dinafikan.
“Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, Islam, mesti pertahankan hak mereka. Tapi negara ini juga mesti jamin hak semua warganegara, (kaum) Cina, India, Orang Asli, Dayak, Kadazan,” katanya pada sesi Temu Anwar bersempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 (PAPJ27) di sini, hari ini.
Anwar menegaskan prinsip tersebut menjadi asas perpaduan negara sejak sekian lama.
Menyentuh peranan golongan muda, beliau berkata mereka perlu diberikan ruang, latihan dan peluang secukupnya bagi membina disiplin serta kemahiran sebagai pewaris kepimpinan negara.
“Kalau anak-anak muda yang cukup terlatih dan disiplin, masa depan kita itu lebih terjamin. Siapa yang akan menjadi pewaris? Anak-anak muda. Siapa yang menentukan masa depan? Anak muda,” katanya.
Perdana Menteri turut menekankan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini yang memberi fokus kepada agenda keamanan, keterhubungan digital dan tenaga serantau bagi memperkukuh hubungan antara negara anggota.
Beliau menyambut baik cadangan mengadakan perhimpunan pengakap ASEAN sebagai platform mengukuhkan kerjasama belia rantau ini.
Menurut Anwar, pergerakan pengakap akan kekal relevan sepanjang zaman kerana asasnya adalah nilai kemanusiaan dan ihsan.
“Dia (pengakap) relevan 100 tahun lalu, dia akan relevan 100 tahun akan datang, melainkan manusia itu sudah hilang kemanusiaannya. Kalau manusia kekal menjadi manusia, badan-badan yang memupuk nilai kemanusiaan atau insani ini akan kekal relevan.
“Cuma tentulah, ada kemahiran (pengakap) dahulu tak cakap soal digital, tak bicara soal AI. Sekarang kita bicara soal itu. Tapi dia (pengakap) tak hilang tunggaknya. Apa tunggaknya? Kemanusiaan dan ihsan,” katanya.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:18 pm