Berita Berita
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas

KUALA LUMPUR13 Sept - Sepasang suami isteri pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggunakan wang rasuah hampir RM900,000 yang diterima dalam tempoh empat tahun untuk membuka sebuah kedai emas bernilai kira-kira RM600,000.
Pasangan berusia lingkungan 40-an itu dipercayai mengatur kemasukan warga asing tanpa dokumen lengkap ke negara ini, selain menggunakan nama adik wanita terbabit dan anak mereka sebagai proksi bagi membuka perniagaan emas tersebut.
Menerusi operasi khas Op Dygo, kedua-duanya direman lima hari sehingga 14 September di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, suspek terlibat dalam program pemutihan pekerja asing yang memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah.
Menurutnya, proses itu memerlukan semakan fail pekerja oleh penguat kuasa sebelum diserahkan kepada suspek untuk ditentukan kelengkapan dokumen.
“Bagi mempercepatkan proses daripada tujuh hari kepada hanya tiga hari, majikan dipercayai perlu membayar RM700 bagi setiap seorang warga asing.
“Bayaran rasuah itu diagihkan kepada pegawai lain, manakala suspek menerima RM150 bagi setiap seorang,” katanya.
Dalam tempoh empat tahun sejak 2020, pasangan itu dipercayai mengumpul kira-kira RM900,000, selain membeli sebuah kereta mewah.
Hasil serbuan SPRM di kedai barangan kemas di Pahang menemui simpanan emas dianggarkan seberat tiga kilogram dengan nilai semasa kira-kira RM1.4 juta.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm