Berita Berita
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM

KUALA LUMPUR 13 Sept – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan utama ke pendidikan tinggi bagi memastikan peluang kemasukan lebih adil, saksama dan inklusif kepada pelajar di seluruh negara.
Menurut kenyataan universiti itu, pemansuhan program matrikulasi akan memberi kesan besar terhadap peluang pelajar memasuki universiti awam (UA), sekali gus bercanggah dengan aspirasi nasional dalam melahirkan bakat masa depan negara.
"UTM yakin Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan anak-anak Malaysia menikmati peluang pendidikan menyeluruh serta adil, sejajar dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Kami juga berharap agar isu ini tidak terus menjadi polemik berpanjangan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi demi menjamin masa depan generasi muda yang lestari dan cemerlang," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi UTM, hari ini.
Terdahulu, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) menuntut program matrikulasi dimansuhkan dan silibus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan piawaian tunggal untuk kemasukan ke universiti awam bagi jurusan ijazah.
Presidennya, Tang Yi Ze mendakwa silibus STPM lebih mencabar serta diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk universiti ternama dunia.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm