Berita Berita
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000

KUALA LUMPUR 13 Sept - Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan melalui emel yang mengarahkannya membayar AS$100,000 (RM470,000) sekiranya mahu mengelakkan penyebaran video seks sejenis palsu yang dikaitkan dengan dirinya.
Dalam perkongsian di Instagram hari ini, Rafizi mendedahkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut menerima ugutan serupa semalam, termasuk tangkap layar video berkenaan.
“Kami sama-sama kongsi tangkap layar (video). Rupa-rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama,” katanya, sambil memaklumkan pasukan Wong telah membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Mamat, mengesahkan laporan diterima dan siasatan sedang dijalankan.
Sebelum ini, keluarga Rafizi turut menerima ugutan, termasuk mesej mengancam anak lelakinya yang berusia 12 tahun dengan jangkitan Aids. Malah, anaknya pernah ditarik keluar dari kereta dan dicucuk dengan jarum suntikan di sebuah pusat beli-belah Putrajaya pada 14 Ogos lalu.
Rafizi sebelum ini mengaitkan serangan itu dengan pertemuannya bersama pemberi maklumat mengenai bekas pembantu Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang dikaitkan dengan skandal perlombongan di Sabah.
Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan video tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan berpendapat ia bertujuan menggodam peranti elektronik miliknya.
“Saya rasa tujuan sebenar ialah untuk menggodam peranti elektronik saya dan bila dah kena godam, fitnah yang lebih besar boleh dibuat,” katanya.
Menurut Rafizi, beliau telah menjadi sasaran percubaan godam sebanyak empat kali dalam tempoh sembilan bulan, dengan amaran notifikasi daripada Apple tentang serangan spyware komersial berprofil tinggi.
Percubaan itu dikesan pada 14 November 2024, serta 6 Mac, 25 Jun, dan 3 September tahun ini. Menurut Apple, spyware jenis ini sangat mahal, kompleks, dan sering dikaitkan dengan entiti berkaitan negara serta kerap digunakan terhadap ahli politik, wartawan, aktivis dan diplomat.
Rafizi percaya serangan terhadap dirinya menggunakan video palsu, berita palsu dan percubaan godam akan terus berlaku.
“Ramai yang ingat senang nak jadi ahli politik. Tapi kalau kita cuba ada pendirian sendiri atau membongkar rasuah atau melawan kepentingan tertentu, sebenarnya kehidupan harian kita akan terus diganggu seperti ini,” katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan emel mencurigakan, serta tidak terpedaya jika menerima video atau gambar aneh yang mengaitkan dirinya.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm