Berita Berita
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar

ISKANDAR PUTERI 13 Sept– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan insiden pergolakan yang melanda beberapa negara ketika ini harus menjadi iktibar kepada Malaysia untuk terus memperkukuh perpaduan rakyat demi menjamin keamanan serta kesejahteraan negara.
Beliau berkata, perpaduan adalah tonggak utama keamanan yang menjadi pemacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
“Alhamdulillah kita masih aman kerana kalau ketimbang banyak-banyak negara lain (kita) jauh lebih baik, sebagai contoh negara Nepal berlaku rusuhan di mana-mana, menteri ditelanjangkan isteri mati terbakar. Dua hari lepas berlaku insiden tembakan ke atas pemimpin di Universiti Utah, Amerika Syarikat. Kita doakan kalau sekarang mudah-mudahan kita dapat kekalkan keamanan dan perpaduan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup IJTIMAK Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan bahawa kemajuan fizikal atau ekonomi negara mesti berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai-nilai kemanusiaan.
“Jangan sambil membangun kita merobohkan, kita bangunkan gedung, kita bangunkan industri, kita bangunkan bangunan kehebatannya dan kita mencatat keuntungannya berlebihan, tapi kita robohkan nilai manusia di dalamnya.
“Kita tidak peduli tentang nasib perumahan anak-anak, pekerja, tidak peduli pelajar, tidak peduli pendidikan mereka, tidak peduli hasil pendapatan dan lebih parah kalau tidak mempedulikan nilai dan akal serta moral para pekerja itu. Ini disebut sambil membangun kita robohkan, yang dibangunkan itu gedung, yang dirobohkan itu nilai dan akal,” katanya.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 3:34 pm
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm