TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Sept – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan komitmennya memastikan setiap warga sekolah berada dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan dan individu perseorangan dalam menyokong penyelenggaraan institusi pendidikan.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan sumbangan perlu disalurkan mengikut garis panduan sedia ada bagi menjamin keselamatan dan ketertiban proses di sekolah.

“KPM mengambil tanggungjawab penuh memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif. Pentadbir sekolah juga berperanan untuk memastikan keadaan sekolah terus selesa untuk murid dan guru,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Berkaitan isu tajaan penyaman udara di sebuah sekolah di Putrajaya, KPM menjelaskan ia dalam perhatian Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).

Peruntukan telah disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan fasiliti pendidikan di bawah pentadbiran jabatan berkenaan.

Kementerian itu turut menegaskan usaha meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan akan terus diperkasa demi kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Isu ini tercetus selepas hantaran tular di media sosial oleh seorang pempengaruh yang menawarkan tajaan penyaman udara untuk sekolah berkenaan.

+ - reset