Berita Berita
Masa depan pelajar bakal terjejas, UPSI tolak cadangan mansuh matrikulasi

IPOH 13 Sept – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpandangan program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan utama ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan peluang pendidikan tinggi dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh semua pelajar.
Dalam kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, universiti itu menegaskan pemansuhan program matrikulasi hanya akan mengehadkan akses pelajar ke IPT sekali gus bercanggah dengan matlamat pembangunan pendidikan negara untuk jangka panjang.
"UPSI sentiasa yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan amat komited dalam memastikan anak-anak Malaysia mendapat peluang pendidikan tinggi selaras dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Pihak UPSI amat berharap isu ini tidak menjadi polemik berterusan dan menasihatkan semua pihak supaya berganding bahu dalam memartabatkan mutu pendidikan tinggi negara," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze mencadangkan supaya program matrikulasi dimansuhkan dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan ke universiti awam.
Berita berkaitan
September 13, 2025, 10:11 pm
Anwar jamin harga RON95 turun RM1.99 seliter akhir September
September 13, 2025, 9:55 pm
KPM pesan mana-mana pihak boleh sumbang kepada sekolah tapi perlu ikut garis panduan ditetapkan
September 13, 2025, 9:34 pm
Rafizi, MP Subang terima ugutan video seks sejenis, diarah bayar RM470,000
September 13, 2025, 6:50 pm
UMANY mohon maaf, bukan niat cadang mansuh matrikulasi, tapi gabung dengan STPM
September 13, 2025, 4:57 pm
'Ambil iktibar krisis luar negara, perpaduan jadi kunci keamanan' - Anwar
September 13, 2025, 4:44 pm
Matrikulasi perlu kekal demi akses pendidikan tinggi yang adil - UTM
September 13, 2025, 2:24 pm
'Guna nama adik, anak jadi proksi' - Suami isteri pegawai imigresen guna wang rasuah buka kedai emas
September 13, 2025, 1:39 pm
Hak Melayu-Islam perlu dipertahan, tapi jangan nafikan hak kaum lain juga' - Anwar
September 13, 2025, 1:18 pm