Berita Berita
SPRM bongkar pegawai Imigresen terlibat 'counter setting' simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB
KUALA LUMPUR 15 Sept – Kegiatan pegawai imigresen yang disyaki bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’ terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menemui wang simpanan jutaan ringgit serta pelbagai barangan mewah menerusi serbuan Op Rentas baru-baru ini.
Dalam pendedahan melalui akaun TikTok rasmi SPRM, seorang pegawai lelaki didapati menyimpan hampir RM1.5 juta dalam akaun miliknya dan ahli keluarga, termasuk lebih RM1 juta di Tabung Haji serta lebih RM400,000 dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Turut ditemui ialah barang kemas bernilai kira-kira RM60,000 serta wang tunai RM13,900.
Dalam operasi sama, SPRM merampas wang tunai RM150,000 milik seorang pegawai wanita, termasuk RM125,000 yang ditemui di atas bumbung rumahnya.
Barang kemas bernilai RM15,000 turut disita. Seorang lagi pegawai wanita pula dikesan menyimpan wang tunai RM41,470, mata wang Thailand berjumlah 13,300 baht dan barang kemas bernilai RM80,000.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menerima wang rasuah sebagai habuan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing tanpa melalui prosedur sah.
“Ketiga-tiga mereka dipercayai bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’ yang mengatur kemasukan warga negara asing ke negara ini tanpa mengikut saluran betul.
"Operasi khas ini dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lalu,” katanya.
Beliau menegaskan, pihaknya akan terus membongkar pengkhianatan amanah seumpama itu kerana ia bukan sahaja merosakkan integriti penjawat awam, malah turut menggugat keselamatan negara.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA).
Berita berkaitan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
Kes rasuah Muhyiddin: Mahkamah panggil Tengku Zafrul jadi saksi Julai ini
May 25, 2026, 2:04 pm
Penduduk di kebanyakan negeri dijangka sambut Aidiladha dalam hujan dan ribut petir
May 25, 2026, 1:07 pm
21 AJK PKR Shah Alam letak jawatan, dakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
