Berita Berita
Kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak akan ditambah – Anwar

KOTA KINABALU 27 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak akan ditambah, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan MA63 selepas kedua-dua negeri mengemukakan permohonan agar jumlah kerusi Parlimen dipertingkatkan.
“Buat kali pertama sejak 1963, Perdana Menteri mengumumkan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak akan ditambah,” katanya seperti dilapor Bernama.
Dalam ucapannya pada program Himpunan dan Temu Rapat Umum Sempena 27 Tahun Reformasi malam tadi, Anwar turut menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah perlu dibubar selewat-lewatnya 11 November depan.
Beliau mengingatkan semua pihak supaya kekal bersatu padu, memilih pemimpin yang berintegriti serta mengelak perpecahan yang boleh menggugat perpaduan negeri dan negara.
Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan terus memberikan perhatian besar kepada Sabah dengan menyalurkan peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM6.7 bilion di bawah Belanjawan 2025.
Selain itu, beliau turut mengumumkan kelulusan segera peruntukan RM39 juta untuk projek tebatan banjir di Kota Kinabalu selepas meninjau sendiri kesan banjir dan kerosakan infrastruktur di negeri itu. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:19 pm
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah
September 27, 2025, 1:11 pm
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin
September 27, 2025, 11:07 am