TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 27 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kebangsaan yang dikenakan denda.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, meskipun tiada laporan rasmi dibuat, pihaknya tetap akan menyiasat perkara itu kerana ia sudah menjadi isu dalam domain awam.

“Saya akan menghantar pegawai siasatan diketuai Datuk Zainul Darus untuk berkomunikasi dengan FIFA bagi mendapatkan penjelasan. Jika terdapat sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa SPRM, siasatan akan dijalankan.

“Walaupun tiada aduan diterima, SPRM boleh bertindak kerana isu ini melibatkan kepentingan awam dan telah didedahkan dalam media,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan denda terhadap FAM sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Tujuh pemain kebangsaan turut dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) setiap seorang. - Media Telus

+ - reset