Berita Berita
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah

NILAI 27 Sept. – Seorang murid Tahun Empat berusia 10 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembetungan di sebuah sekolah di Lenggeng, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa difahamkan terjatuh kerana lubang berkenaan hanya ditutup menggunakan papan nipis.
Ketua Kampung Lenggeng, Azran Afziz Yazid berkata, rakan mangsa menyedari kejadian sebelum segera memaklumkan kepada guru.
“Guru bersama beberapa individu kemudian mengeluarkan mangsa yang sudah tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Namun pihak perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin yang berada di sekolah itu untuk merasmikan Hari Sukan turut membantu usaha menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata, lubang pembetungan sedalam kira-kira dua meter itu hanya ditutup papan nipis dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap aspek keselamatan kawasan sekolah. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:11 pm
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin
September 27, 2025, 11:07 am
Kegiatan mengemis warga asing terbongkar di Jalan Sultan Azlan Shah
September 27, 2025, 11:00 am