Berita Berita
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menegaskan reputasi bola sepak negara mesti dipelihara daripada sebarang bentuk campur tangan politik atau sabotaj yang boleh menggugat keyakinan terhadap sukan itu.
Beliau berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain Harimau Malaya.
“FAM telah mengesahkan bahawa rayuan akan dikemukakan. Proses ini perlu dipercepatkan dengan menekankan soal integriti dan ketelusan bagi memastikan kepentingan penyokong dan masyarakat dihormati,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial.
Adam Adli menegaskan, maruah bola sepak Malaysia adalah tanggungjawab bersama dan setiap pihak perlu bersatu menolak sebarang usaha yang boleh menjejaskan perkembangan sukan nombor satu negara itu.
Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.
Mereka ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Alejandro Hevel.
Kesemua pemain berkenaan beraksi menentang Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Kumpulan F Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu selepas FIFA menerima aduan.
FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, FAM mengesahkan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu, sambil menegaskan semua dokumentasi telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan ditetapkan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:19 pm
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah
September 27, 2025, 1:11 pm
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin
September 27, 2025, 11:07 am
Kegiatan mengemis warga asing terbongkar di Jalan Sultan Azlan Shah
September 27, 2025, 11:00 am