Berita Berita
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau

NEW YORK 28 Sept. – Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menegaskan bahawa rantau ini tidak akan berpeluk tubuh menunggu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelesaikan konflik, sebaliknya mengambil tindakan segera demi mengekalkan kestabilan serantau.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN telah membuktikan keberkesanan melalui tindakan pantas mempertemukan pihak bertelagah, mencapai persetujuan gencatan senjata serta memantau proses berkenaan di lapangan.
“Apabila konflik hampir memuncak antara jiran kita, ASEAN tidak berpeluk tubuh. Kita bertindak segera, mempertemukan kedua-dua pihak di Malaysia dan melaksanakan gencatan senjata,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-80 di New York.
Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran terhadap kelembapan PBB menangani krisis global, sambil mencadangkan pendekatan proaktif ASEAN wajar dijadikan model oleh komuniti antarabangsa.
Dalam ucapannya, Mohamad turut mengingatkan bahawa Laut China Selatan tidak boleh dijadikan gelanggang persaingan kuasa besar. Beliau menegaskan semua pihak mesti mematuhi sepenuhnya Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS) dan mengelak daripada sebarang tindakan provokatif.
Selain itu, beliau menggesa pembaharuan menyeluruh terhadap tadbir urus ekonomi global memandangkan negara-negara Selatan Global terus berdepan jurang struktur yang menghalang pembangunan.
“Ironinya perit, kita majoriti penduduk dunia tetapi kurang diwakili dalam pembuatan keputusan, kekurangan pembiayaan pembangunan dan diketepikan dalam tadbir urus global. Ketidakseimbangan ini mesti diperbetulkan,” tegasnya.
Beliau menutup kenyataan dengan menekankan bahawa suara, keperluan dan aspirasi negara membangun mesti diberi keutamaan dalam setiap keputusan antarabangsa.
“Kita tidak akan dapat membina sistem antarabangsa yang adil tanpa Selatan Global di pusatnya. Malaysia akan terus memperjuangkan maruah, kesaksamaan dan peluang untuk semua negara membangun,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:19 pm
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah
September 27, 2025, 1:11 pm
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin
September 27, 2025, 11:07 am
Kegiatan mengemis warga asing terbongkar di Jalan Sultan Azlan Shah
September 27, 2025, 11:00 am