TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Sekolah patut jadi ruang selamat' - KPM jamin siasatan penuh kes murid tahun 3 maut terjatuh dalam lubang pembetungan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 27 Sept - Seorang murid Tahun Tiga maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pagi Sabtu, sekali gus mencetuskan gesaan supaya aspek keselamatan di institusi pendidikan diberi perhatian serius.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu dan memberi jaminan tiada kompromi terhadap keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah.

"Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat ketidakpatuhan prosedur operasi standard sehingga menyebabkan kejadian ini berlaku.

"Kejadian itu sangat mendukacitakan dan sekolah perlu menjadi ruang paling selamat untuk anak-anak," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menekankan bahawa semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pejabat pendidikan negeri bertanggungjawab memastikan fasiliti berada dalam keadaan selamat.

Mangsa, Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung di kawasan sekolah berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi Sabtu. - Media Telus

+ - reset