Berita Berita
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin

SANDAKAN 27 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan tidak seharusnya dipertikaikan.
Menurut beliau, Malaysia akan memanfaatkan platform diplomasi itu untuk terus menyuarakan isu Palestin dengan pendirian tegas namun berstrategi.
“Malaysia lantang mempertahankan Palestin, tetapi pada masa sama kita gunakan saluran diplomatik. Kita bebas bersuara kerana kita negara merdeka dan bermaruah, namun perlu bijak berunding,” katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Wira Madani dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Sandakan, hari ini.
Anwar menegaskan, meskipun Malaysia bukan negara besar, ia tetap dihormati di pentas antarabangsa kerana konsisten memperjuangkan keadilan dan kebebasan bersuara. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:19 pm
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah
September 27, 2025, 11:07 am
Kegiatan mengemis warga asing terbongkar di Jalan Sultan Azlan Shah
September 27, 2025, 11:00 am