Berita Berita
Kegiatan mengemis warga asing terbongkar di Jalan Sultan Azlan Shah

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur membongkar kegiatan mengemis dipercayai didalangi warga asing menerusi operasi besar-besaran di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, beberapa individu yang ditahan mendakwa mereka pelancong, namun helah itu terbongkar selepas pemeriksaan menemui sejumlah besar wang kertas RM1 yang disembunyikan di bilik sewaan.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
“Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana banyak restoran, khususnya yang menyajikan hidangan Pakistan. Atas faktor itu, ada pihak mengambil kesempatan untuk mengemis bagi meraih simpati,” katanya.
Menurut beliau, sebahagian besar individu warga asing yang ditahan turut dikesan bekerja di restoran sekitar kawasan berkenaan dan kebanyakannya berasal dari Asia Selatan, termasuk Pakistan.
Dalam operasi bersepadu yang bermula jam 9.30 malam itu, seramai 199 individu, termasuk majikan warga tempatan, ditahan kerana melanggar pelbagai kesalahan imigresen. - Media Telus
Berita berkaitan
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm
SPRM siasat isu denda FAM dan tujuh pemain kebangsaan
September 27, 2025, 1:19 pm
Murid tahun empat lemas jatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sekolah
September 27, 2025, 1:11 pm
Anwar: Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN peluang terus suarakan isu Palestin
September 27, 2025, 11:00 am