TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita mohon maaf dedah masalah rumah tangga di media sosial

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 29 Sept. – Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendedahkan masalah rumah tangga yang dialami di media sosial hingga menimbulkan sensasi dan tular.

Menerusi hantaran di Instagram, wanita itu mengakui kesilapannya kerana berkongsi isu yang sepatutnya menjadi urusan peribadi keluarga.

“Saya akui tindakan saya dipengaruhi oleh emosi dan perasaan marah yang sukar dikawal ketika itu. Saya juga mohon jasa baik semua yang menerima, menonton atau berkongsi semula video berkenaan supaya dapat menghentikan penyebaran,” katanya pada Ahad.

Kes berkenaan mendapat perhatian meluas selepas beberapa rakaman dikaitkan dengan kejadian di sebuah klinik kesihatan tular di media sosial.

Wanita itu turut merayu agar isu berkenaan tidak lagi diperbesarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan aib dirinya serta pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar.

“Saya kini sedang berusaha menyelesaikan perkara ini melalui saluran yang betul. Saya amat berharap agar orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan dan mendoakan urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.

Hasil semakan di akaun TikTok miliknya mendapati beberapa rakaman berkaitan kejadian tersebut telah dipadamkan. - Media Telus

+ - reset