Berita Berita
Pas desak kerajaan batal jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pas mendesak kerajaan membatalkan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara hujung bulan depan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jemputan itu wajar ditarik balik sebagai tanda bantahan terhadap pendirian AS yang jelas menyokong Israel dan menjadi sekutu utama dalam melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.
“Malaysia tidak sepatutnya berbangga duduk sepentas bersama pemimpin yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan penyokong utama keganasan global.
“Tindakan AS yang terus menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun majoriti dunia menentang, membuktikan Trump tidak layak berada di negara atau rantau ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia masih boleh menerima sikap AS yang enggan menyokong resolusi gencatan senjata segera, pembebasan tebusan serta desakan antarabangsa agar Israel membuka sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menurut Tuan Ibrahim, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lantang menyokong Palestin tidak seharusnya tercemar dengan tindakan menjemput pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa.
“Presiden Trump tidak wajar diraikan sebagai wira atau negarawan. Batalkan segera jemputan tersebut atau rakyat akan bangkit menyatakan penentangan,” tegasnya.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Trump sudah mengesahkan kehadirannya pada sidang kemuncak berkenaan, namun langkah itu menerima bantahan beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menilai ia bertentangan dengan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan Palestin. - Media Telus
Berita berkaitan
September 29, 2025, 4:45 am
Lapan cedera bot pelancong terbalik akibat angin kuat di Langkawi
September 29, 2025, 4:31 am
Hampir 13 juta rakyat Malaysia tebus bantuan SARA bernilai RM1 bilion
September 29, 2025, 4:23 am
Wanita mohon maaf dedah masalah rumah tangga di media sosial
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm