Berita Berita
Lapan cedera bot pelancong terbalik akibat angin kuat di Langkawi

ALOR SETAR 29 Sept. – Lapan individu cedera selepas sebuah bot pelancong terbalik ketika menjalankan aktiviti parasailing di Pantai Tengah, Langkawi, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Samsulmuddin Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung insiden itu pada jam 1.15 tengah hari.
“Bot tersebut membawa enam pelancong iaitu tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki selain dua kru. Ketika kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan dengan selamat.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat, dan semua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, maklumat awal mendapati tiada mangsa mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha. - Media Telus
Berita berkaitan
September 29, 2025, 4:49 am
Pas desak kerajaan batal jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN
September 29, 2025, 4:31 am
Hampir 13 juta rakyat Malaysia tebus bantuan SARA bernilai RM1 bilion
September 29, 2025, 4:23 am
Wanita mohon maaf dedah masalah rumah tangga di media sosial
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm