Berita Berita
Hampir 13 juta rakyat Malaysia tebus bantuan SARA bernilai RM1 bilion

LABUAN 29 Sept. – Hampir 13 juta rakyat Malaysia yang layak telah menebus Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membeli barangan keperluan, melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu memberi manfaat besar kepada isi rumah B40 terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak sudah menggunakan SARA, manakala di Labuan sebanyak 65 peratus daripada hampir 50,000 penerima telah menebus RM100 mereka.
Beliau menolak dakwaan kononnya penggunaan MyKad menyukarkan warga emas atau penduduk pedalaman untuk mengakses bantuan tersebut.
“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang berada antara tertinggi di negara ini,” katanya ketika melawat peruncit yang mengambil bahagian dalam program itu, hari ini.
Menurutnya, skim itu juga membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berikutan peningkatan kuasa beli penerima sekali gus melonjakkan jualan.
Setakat ini, jumlah kedai runcit yang menyertai SARA meningkat daripada 7,300 pada awal tahun kepada lebih 8,100 di seluruh negara.
Amir Hamzah turut memaklumkan, hampir sembilan juta rakyat layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala liputan SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lalu, iaitu hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima sebelum ini.
Penerima boleh menebus SARA untuk pelbagai barangan termasuk makanan ruji seperti beras, roti dan telur; keperluan memasak; barangan dalam tin; mi segera; produk kebersihan diri dan rumah; ubat-ubatan; alat tulis serta pakaian seragam.
“Kategori ini memastikan keluarga bukan sahaja memenuhi keperluan pemakanan harian, tetapi juga mendapat akses kepada barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan,” jelasnya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 29, 2025, 4:49 am
Pas desak kerajaan batal jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN
September 29, 2025, 4:45 am
Lapan cedera bot pelancong terbalik akibat angin kuat di Langkawi
September 29, 2025, 4:23 am
Wanita mohon maaf dedah masalah rumah tangga di media sosial
September 28, 2025, 10:20 am
Hujan lebat, ribut petir landa lapan negeri pagi ini
September 28, 2025, 10:14 am
ASEAN tidak tunggu PBB, Malaysia tegaskan pendekatan proaktif kekalkan kestabilan rantau
September 28, 2025, 10:09 am
Adam Adli tegaskan maruah bola sepak negara perlu dipertahankan
September 27, 2025, 2:33 pm
Bayi maut, lapan cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
September 27, 2025, 2:27 pm