Berita Berita
Lelaki lemas ketika mencari siput di paya bakau Pantai Remis

BERUAS 10 Okt– Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke sungai ketika mencari siput di kawasan paya bakau berhampiran Kampung Sungai Tuntung, Pantai Remis, malam Jumaat.
Mangsa, Mohamad Zulkefli Mat Saad, 27, ditemukan tidak bernyawa kira-kira 10 meter dari lokasi dipercayai terjatuh oleh pasukan penyelamat pada jam 11.30 malam.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang dan tiba di lokasi empat minit kemudian.
“Setibanya di lokasi, didapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Tuntung ketika mencari siput di kawasan paya bakau berhampiran. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Pulau Pangkor dan Kuala Kangsar,” katanya.
Menurutnya, operasi dilakukan menggunakan dua bot dan dibantu pasukan Penyelam Di Air (PPDA), polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta orang awam.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 6:03 pm
Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan dihadkan kepada RM300,000 mulai 2026
October 10, 2025, 4:27 pm