TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemberian kerakyatan pemain warisan langkah strategik tingkat sukan negara – Puad

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan isu pemberian kewarganegaraan kepada pemain warisan.

Beliau menegaskan, langkah itu merupakan strategi nasional untuk memperkukuh prestasi sukan negara, khususnya bagi meningkatkan peluang Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Kenapa dipolitikkan kewarganegaraan pemain warisan? Apa salahnya diberi kerakyatan atas agenda nasional? Usaha itu patut disokong kerana tujuannya baik untuk meningkatkan kualiti sukan negara dan memberi motivasi kepada bakat tempatan agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Malaysia tidak bersalah mencontohi model Singapura yang menubuhkan program Foreign Sports Talent (FST), di mana atlet bertaraf dunia diberi kerakyatan secara ‘fast track’.

“Melalui FST, ada atlet yang berjaya menang pingat Olimpik dan memberi semangat kepada rakyat mereka. Malah, selepas mendapat kerakyatan, mereka menjalani program khas untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan,” katanya.

+ - reset