TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hannah Yeoh bidas pihak ungkit semula kritikan lama isu pemain naturalisasi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan kritikan lamanya terhadap pemain naturalisasi dibuat pada tahun 2022, sebelum Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran negara.

Menurutnya, keadaan kini berbeza kerana kerajaan memberi keutamaan kepada kanak-kanak dan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan di bawah kepimpinan semasa.

“Ada pihak mengungkit hantaran lama saya bertarikh 2022 untuk menunjukkan kononnya wujud unsur tidak konsisten, tetapi fakta hari ini sangat berbeza. Kerajaan Madani memberikan keutamaan kepada kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, sejak 2023 Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak telah ditubuhkan, manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelesaikan 49,000 permohonan kewarganegaraan serta meminda Perlembagaan bagi membolehkan ibu warga Malaysia menurunkan kerakyatan kepada anak yang lahir di luar negara.

Katanya, tindakan pihak tertentu menyebarkan semula hantaran lamanya bagi menimbulkan kekeliruan adalah tidak wajar dan menggambarkan kegagalan membezakan fakta sebenar dalam konteks semasa.

+ - reset