Berita Berita
CUEPACS harap kerajaan umum bonus sebulan gaji dalam Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR 10 Okt. – CUEPACS berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji kepada penjawat awam menerusi pembentangan Belanjawan 2026 hari ini sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka yang menjadi tunjang pentadbiran negara.
Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat, berkata pendapatan penjawat awam juga perlu diperkukuh melalui elaun munasabah, insentif khas dan skim kesejahteraan keluarga, selain program latihan digital dan pembangunan kerjaya.
Beliau turut menegaskan agar Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2.0 dijadikan agenda utama bagi menilai semula skim dan gred perkhidmatan supaya lebih adil serta selaras dengan tanggungjawab semasa.
“Kenaikan gaji fasa kedua sebanyak tujuh peratus pada Januari 2026 bukanlah beban kepada fiskal negara tetapi pelaburan besar terhadap modal insan sektor awam. Apabila penjawat awam dihargai, mereka akan bekerja dengan lebih ikhlas dan efisyen,” katanya.
Adnan turut mencadangkan insentif tunai ‘one-off’ untuk penjawat awam baharu yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak, bagi mengurangkan kadar penolakan lantikan terutama bagi jawatan kritikal.
Selain itu, beliau menekankan keperluan memperkasakan kemahiran kecerdasan buatan (AI), automasi dan analitik data, serta menekankan isu kesejahteraan mental dan keseimbangan kerja-hidup dalam Belanjawan 2026.
Katanya, CUEPACS turut menyarankan agar konsep Kota MADANI diperluas ke setiap negeri dan daerah bagi memastikan kemudahan rakyat serta penjawat awam dapat dinikmati secara menyeluruh.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 6:03 pm
Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan dihadkan kepada RM300,000 mulai 2026
October 10, 2025, 4:27 pm