Berita Berita
Mayat berpakaian pengawal keselamatan ditemui tersangkut di Sungai Klang

SUBANG JAYA 10 Okt – Mayat seorang individu berpakaian seperti pengawal keselamatan ditemui tersangkut di celah batu bersama longgokan sampah di seberang Sungai Klang berhampiran USJ 1, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata kejadian disedari seorang lelaki tempatan kira-kira jam 11.15 pagi ketika membuat tinjauan di kawasan projek sebelum memulakan kerja.
“Pengadu ternampak mayat dalam keadaan terlentang di seberang sungai sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999. Mangsa berpakaian lengkap dengan baju-T hitam bertulis ‘Security’ serta seluar panjang hitam dan dianggarkan setinggi 160 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat berkenaan dibawa ke tebing sungai dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat SS17 Subang Jaya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada jam 2.45 petang.
Beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui, manakala siasatan awal mendapati mayat sudah dalam keadaan mereput.
“Punca kematian belum dapat dipastikan dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-7862 7100 atau Ketua Polis Balai USJ8 di 019-655 8707.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan dihadkan kepada RM300,000 mulai 2026
October 10, 2025, 4:27 pm
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026
October 10, 2025, 2:47 pm