TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Belanjawan 2026 dijangka tanpa cukai baharu – Guan Eng

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt – Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan hari ini dijangka tidak akan memperkenalkan sebarang cukai baharu, cukai tambahan atau bayaran tambahan, kata Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi meredakan tekanan kos sara hidup serta membantu operasi perniagaan dalam suasana ekonomi global tidak menentu akibat perang tarif yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Kerajaan mengambil pendekatan mesra rakyat dan perniagaan dalam Belanjawan 2026 ini. Tidak ada cukai baharu, tiada cukai dan bayaran tambahan dikenakan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, sektor industri sebelum ini sudah berdepan tekanan kos tinggi termasuk kenaikan tarif elektrik 14 peratus, pelaksanaan cukai pendapatan ke atas dividen individu dua peratus bagi pendapatan melebihi RM100,000 serta perluasan cukai SST pada kadar enam dan lapan peratus.

Selain itu, penguatkuasaan e-invois terhadap syarikat berpendapatan tahunan melebihi RM500,000 dan caruman wajib KWSP pekerja asing turut menambah beban operasi perniagaan.

Mengulas mengenai caruman KWSP wajib bagi 2.5 juta pekerja asing sah bermula November 2025, beliau berkata, ada majikan yang dijangka menanggung sepenuhnya caruman empat peratus – dua peratus bagi pekerja dan dua peratus bagi majikan – demi mengekalkan keharmonian di tempat kerja.

“Segelintir pekerja asing enggan gaji mereka dipotong kerana ia tidak termasuk dalam kontrak asal. Maka majikan tiada pilihan selain menanggung caruman tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun jumlah majikan yang berbuat demikian tidak ramai, implikasinya tetap besar kerana boleh menyamai tambahan setengah bulan gaji setahun bagi setiap pekerja asing.

+ - reset