Berita Berita
Anwar bangga usaha pasukan siapkan Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa bangga terhadap kerja keras pasukan Kementerian Kewangan (MOF) yang bertungkus-lumus menyiapkan dokumen penting pembentangan Belanjawan MADANI Keempat 2026 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.
Anwar berkata, pasukan MOF berusaha tanpa lelah dalam memastikan belanjawan kali ini benar-benar menzahirkan hasrat kerajaan untuk memaknai erti kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
“Saya berbangga melihat kerja keras pasukan Kementerian Kewangan yang membanting tulang menyiapkan Belanjawan ini yang akan dihamparkan di Dewan Rakyat petang ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang berusaha tanpa lelah merealisasikan hasrat kerajaan,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Video yang dikongsikan itu memaparkan tinjauan Anwar terhadap persiapan akhir Belanjawan MADANI Keempat di MOF semalam. Dalam sesi itu, beliau turut berseloroh apabila menerima teks ucapan bertulis yang dianggap “rahsia besar” belanjawan, sambil menyatakan dokumen itu kebiasaannya hanya diterima pada hari pembentangan.
Lawatan itu turut diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan disambut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Pembentangan Belanjawan 2026 petang ini dijangka memberi tumpuan kepada agenda pengukuhan ekonomi rakyat, reformasi fiskal serta langkah memperkukuh daya saing negara.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, Labuan dihadkan kepada RM300,000 mulai 2026
October 10, 2025, 4:27 pm
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026
October 10, 2025, 2:47 pm