Berita Berita
Belanjawan 2026 bukti kejayaan awal Kerajaan MADANI urus kewangan negara — Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Belanjawan 2026 membuktikan kejayaan awal Kerajaan MADANI dalam mengurus kewangan negara secara berhemah dan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi yang kini memberi pulangan nyata kepada rakyat, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata, selepas dua tahun kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah penstrukturan semula subsidi, hasil penjimatan itu kini dapat dimanfaatkan semula melalui pelbagai bentuk bantuan langsung dan inisiatif baharu bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
“Kerajaan akhirnya dapat memulangkan manfaat kepada rakyat selepas melaksanakan rasionalisasi subsidi sejak dua tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen, semalam.
Bantuan STR dan SARA ringankan beban rakyat
Anthony berkata, antara bentuk bantuan besar yang diumumkan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan empat kali setahun, selain Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diagihkan setiap bulan kepada penerima layak.
“Seramai 22 juta rakyat kali pertama menerima bantuan SARA bernilai RM100 sempena Bulan Kebangsaan juga akan menerima sekali lagi menjelang Tahun Baharu Cina dan Ramadan Februari depan.
Ini kejutan daripada Perdana Menteri kerana ia tidak dinyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi,” katanya.
Insentif sektor pengangkutan diterima dalam Belanjawan 2026
Anthony turut menyatakan rasa puas hati apabila pelbagai cadangan dan input daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) diambil kira serta dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan kali ini.
Antara langkah yang disambut baik ialah pemberian insentif bebas cukai kepada pemilik teksi untuk membeli kenderaan baharu serta elaun modal dipercepatkan bagi pengusaha kenderaan berat yang memasang alat pengehad kelajuan (Speed Limiter Device – SLD).
“Tiada lagi alasan untuk pengusaha kenderaan berat gagal memasang alat berkenaan kerana ada insentif kerajaan untuk pemasangan SLD seperti diumumkan baru-baru ini,” katanya.
Galak pemilik tukar kenderaan lama baharu
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga bersetuju bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan nasional, termasuk PROTON dan PERODUA, bagi melaksanakan geran padanan sehingga RM4,000 untuk pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun yang menukar kepada kenderaan baharu.
“Insentif ini sangat baik untuk pemilik kenderaan lama ‘trade-in’ kepada syarikat kereta bagi mendapatkan kenderaan baharu yang lebih ekonomik dan selamat,” katanya.
Inisiatif pengangkutan rakyat diteruskan
Mengulas lanjut, Anthony menegaskan pelbagai inisiatif sedia ada di bawah MOT seperti My50, FLYSiswa dan kadar tambang maksimum sempena musim perayaan akan diteruskan bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam kekal mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Berita berkaitan
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina
October 11, 2025, 6:02 pm
'Mak guard', kekasih ditahan disyaki cabul budak darjah 3 dalam tandas sekolah di Rembau
October 11, 2025, 5:13 pm
'Ini kes yang sangat serius' - KPM minta SKMM sekat video kes rogol pelajar Tingkatan 3 di Melaka
October 11, 2025, 4:05 pm
'Dah macam pegawai kebajikan' - Rafizi kritik agihan tunai Bantuan Awal Persekolahan hanya bebankan guru
October 11, 2025, 3:14 pm
Pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir dalam kelas sambil dirakam, KPM bakal ambil tindakan tegas
October 11, 2025, 12:33 pm
Remaja 15 tahun dipercayai dirogol dua senior dalam kelas, dirakam dua pelajar lain di Melaka
October 11, 2025, 11:23 am
Suami isteri maut, trap pikap terbabas ke longkang di LPT1
October 11, 2025, 11:12 am