Berita Berita
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina

NIBONG TEBAL, 11 Okt — Peruntukan berjumlah RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Belanjawan 2026 bukan sekadar angka perbelanjaan, sebaliknya mencerminkan iltizam moral dan komitmen kerajaan MADANI untuk memajukan pendidikan negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kerajaan sekali lagi membuktikan bahawa sektor pendidikan kekal menjadi keutamaan utama, terutama dalam usaha memastikan kebajikan pelajar terpelihara serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.
“Peruntukan ini bukan hanya soal perbelanjaan, tetapi satu penyataan moral dan komitmen tinggi kerajaan terhadap agenda pendidikan negara.
“Ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Perdana Menteri dan seluruh Kabinet atas keprihatinan dalam memastikan pendidikan diangkat dengan sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Penempatan Semula Ladang Byram, Mukim 11, Seberang Perai Selatan, hari ini.
Menurut Fadhlina, antara fokus utama peruntukan itu termasuk pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET), pemerkasaan bahasa, serta pembinaan sekolah baharu yang lebih kondusif di seluruh negara.
Selain itu, katanya, kerajaan turut mengekalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan memperluaskan inisiatif membaik pulih kemudahan asas sekolah termasuk tandas, kantin, bilik guru dan musolla.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM66.2 bilion kepada KPM — meningkat daripada RM64.2 bilion tahun ini.
Daripada jumlah itu, hampir RM2 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf lebih 520 sekolah daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak, selain penyelenggaraan menyeluruh terhadap semua jenis sekolah di seluruh negara.
“Perbelanjaan ini datang tepat pada masanya dan amat penting bagi mengangkat martabat serta kualiti pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Fadhlina.
Berita berkaitan
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:02 pm
'Mak guard', kekasih ditahan disyaki cabul budak darjah 3 dalam tandas sekolah di Rembau
October 11, 2025, 5:13 pm
'Ini kes yang sangat serius' - KPM minta SKMM sekat video kes rogol pelajar Tingkatan 3 di Melaka
October 11, 2025, 4:05 pm
'Dah macam pegawai kebajikan' - Rafizi kritik agihan tunai Bantuan Awal Persekolahan hanya bebankan guru
October 11, 2025, 3:14 pm
Pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir dalam kelas sambil dirakam, KPM bakal ambil tindakan tegas
October 11, 2025, 12:33 pm
Remaja 15 tahun dipercayai dirogol dua senior dalam kelas, dirakam dua pelajar lain di Melaka
October 11, 2025, 11:23 am
Suami isteri maut, trap pikap terbabas ke longkang di LPT1
October 11, 2025, 11:12 am
Penumpang maut, bas ekspres terbabas rempuh papan tanda di Lebuhraya PLUS
October 11, 2025, 10:11 am