Berita Berita
'Ini kes yang sangat serius' - KPM minta SKMM sekat video kes rogol pelajar Tingkatan 3 di Melaka

SUNGAI PETANI, 11 Okt — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran video berkaitan kes rogol membabitkan pelajar di sebuah sekolah di Melaka yang kini tular di media sosial.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah itu diambil bagi melindungi maruah dan hak privasi mangsa bawah umur serta mengelakkan penyebaran lanjut kandungan tidak bermoral berkenaan.
“Kita sudah minta kementerian berkaitan untuk mengambil tindakan bagi memastikan isu ini tidak terus disebarkan kerana ia melibatkan anak-anak bawah umur yang mesti dilindungi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Lalang di Ambangan Heights, di sini hari ini.
Fadhlina menegaskan, KPM tidak akan berkompromi dalam kes salah laku seksual dan akan meneruskan siasatan dalaman terhadap insiden berkenaan daripada semua aspek, di samping memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Kita sedang menjalankan siasatan dan ini sudah menjadi bidang kuasa pihak autoriti. Ini kes yang sangat serius dan KPM akan meneliti segala langkah pasca kejadian,” katanya.
Beliau memaklumkan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad, akan ke Melaka bagi menilai tindakan susulan termasuk aspek keselamatan dan sokongan psikososial kepada warga sekolah.
“Kita dimaklumkan pelaku sudah ditahan reman, manakala mangsa kini sedang mendapatkan rawatan dan sokongan psikososial di hospital,” ujarnya.
Menurut beliau, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka juga telah diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah terbabit serta memastikan semua pelajar dan guru diberikan bimbingan serta kaunseling segera.
Fadhlina turut menjelaskan sesi persekolahan di sekolah berkenaan berjalan seperti biasa, namun pihaknya menekankan keperluan menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar, terutama menjelang musim peperiksaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior dalam kejadian pada 2 Oktober lalu.
Lebih mengejutkan, perbuatan tidak bermoral itu dirakam dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit sebelum video berkenaan tersebar dalam kalangan pelajar.
Kejadian terbongkar selepas rakaman itu diketahui guru dan dimaklumkan kepada ibu mangsa pada keesokan harinya.
Berita berkaitan
October 12, 2025, 8:35 am
Kerajaan salur RM34.81 juta baik pulih 137 pondok, tahfiz seluruh negara
October 11, 2025, 7:23 pm
Saifuddin bakal jadi pengiring Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
October 11, 2025, 6:56 pm
Peruntukan RM66.2 bilion bukti komitmen kerajaan angkat martabat pendidikan – Fadhlina
October 11, 2025, 6:02 pm
'Mak guard', kekasih ditahan disyaki cabul budak darjah 3 dalam tandas sekolah di Rembau
October 11, 2025, 4:05 pm
'Dah macam pegawai kebajikan' - Rafizi kritik agihan tunai Bantuan Awal Persekolahan hanya bebankan guru
October 11, 2025, 3:14 pm
Pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir dalam kelas sambil dirakam, KPM bakal ambil tindakan tegas
October 11, 2025, 12:33 pm
Remaja 15 tahun dipercayai dirogol dua senior dalam kelas, dirakam dua pelajar lain di Melaka
October 11, 2025, 11:23 am
Suami isteri maut, trap pikap terbabas ke longkang di LPT1
October 11, 2025, 11:12 am