TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JPM nafi keluarkan perintah larangan penggunaan telefon pintar bagi individu bawah 16 tahun

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 28 Okt – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan dokumen bertajuk “Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun” yang kini tular di aplikasi WhatsApp.

Dalam satu kenyataan hari ini, JPM menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan rasmi pernah dikeluarkan oleh jabatan itu berhubung perkara berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain.

“Tindakan ini penting bagi mengelak sebarang kekeliruan,” menurut kenyataan itu.

JPM turut mengingatkan bahawa penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

+ - reset