TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengkritik sambutan rasmi ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang menurutnya bersifat berlebihan dan tidak wajar.

Khairy mempersoalkan keperluan penggunaan jet pejuang McDonnell Douglas F/A-18 Super Hornet sebagai pengiring serta persembahan tradisional dalam upacara tersebut, sambil menyifatkannya sebagai tidak sesuai memandangkan peranan Washington dalam krisis Timur Tengah.

“Marilah kita ingat, kita baru sahaja menyaksikan satu genosid yang sebahagiannya beliau bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story, merujuk kepada pendirian Trump mengenai konflik Gaza.

Trump tiba di Malaysia pada Ahad sebagai sebahagian daripada lawatan ke Asia dan dilihat menari bersama penghibur tempatan, satu aksi yang tular di media sosial.

Dalam hantaran lain, Khairy turut mempertahankan kefahamannya terhadap protokol diplomatik, sambil memuat naik gambar dirinya bersama bekas Presiden AS, Barack Obama ketika lawatan Obama ke Malaysia pada 2014.

“Sebelum anda mengecam saya dengan berkata, ‘Apa yang awak tahu tentang protokol yang sesuai untuk menyambut Presiden AS?’ Pegang Teh O’ Ais saya, biar saya tunjukkan,” tulisnya secara sinis.

+ - reset