Berita Berita
Anwar kongsi pengalaman menaiki limosin rasmi Presiden AS ‘The Beast’ bersama Trump
KUALA LUMPUR 28 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pengalaman unik apabila berpeluang menaiki limosin rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dikenali sebagai ‘The Beast’, ketika lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia baru-baru ini.
Menurut Anwar, sepanjang perjalanan itu beliau mengambil kesempatan untuk berkongsi pandangan mengenai isu serantau dan global bersama Trump.
“Dalam kenderaan yang disebut ‘The Beast’ itu, di bahagian belakang kereta — duduk dalam kereta macam duduk dalam istana, tapi saya tidak terpukau kerana duduk sebelah Trump.
“Saya ucap terima kasih kerana datang ke Malaysia, terima kasih kerana selesaikan (perjanjian damai Thailand-Kemboja), tetapi saya juga ada beberapa pandangan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Anwar berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai tarif perdagangan dan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, semasa mereka dalam perjalanan ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Trump melanggar protokol diplomatik apabila menjemput Anwar untuk menaiki kereta rasminya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum kedua-duanya berangkat bersama ke KLCC pada Ahad lalu.
Berita berkaitan
October 28, 2025, 8:59 pm
Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia
October 28, 2025, 8:49 pm
Warden bekas tentera tingkat disiplin pelajar MRSM – Asyraf Wajdi
October 28, 2025, 8:33 pm
Ibu bapa kanak-kanak cedera dikelar ditahan polis
October 28, 2025, 8:27 pm
Trump puji Malaysia sebagai negara hebat dan bertenaga selepas lawatan rasmi dua hari
October 28, 2025, 7:20 pm
'Mahu tolong lebih ramai orang, wujud peluang pekerjaan' - Rafizi buka kedai makan, barangan harian RM5
October 28, 2025, 5:20 pm
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
October 28, 2025, 4:08 pm
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
October 28, 2025, 3:19 pm
Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit
October 28, 2025, 3:14 pm
