Berita Berita
Ibu bapa kanak-kanak cedera dikelar ditahan polis
BATU PAHAT 28 Okt – Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera akibat dikelar dengan pisau di rumah mereka di Parit Raja, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pasangan berusia 41 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 4 petang Selasa.
“Polis turut membuka kertas siasatan baharu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Menurut laporan, ibu mangsa menyedari kecederaan anaknya di leher sebaik sahaja tersedar daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi di rumah mereka.
Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, Shahrulanuar Mushaddat memaklumkan bahawa mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
“Kanak-kanak itu sudah boleh bercakap, namun polis masih belum merekodkan keterangannya kerana dia belum pulih sepenuhnya,” katanya.
Berita berkaitan
October 28, 2025, 8:59 pm
Khairy kritik sambutan keterlaluan ketibaan Trump ke Malaysia
October 28, 2025, 8:49 pm
Warden bekas tentera tingkat disiplin pelajar MRSM – Asyraf Wajdi
October 28, 2025, 8:39 pm
Anwar kongsi pengalaman menaiki limosin rasmi Presiden AS ‘The Beast’ bersama Trump
October 28, 2025, 8:27 pm
Trump puji Malaysia sebagai negara hebat dan bertenaga selepas lawatan rasmi dua hari
October 28, 2025, 7:20 pm
'Mahu tolong lebih ramai orang, wujud peluang pekerjaan' - Rafizi buka kedai makan, barangan harian RM5
October 28, 2025, 5:20 pm
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
October 28, 2025, 4:08 pm
Polis tahan tukang masak wanita sebar video kemaluan lelaki OKU ‘Mat Tere’
October 28, 2025, 3:19 pm
Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit
October 28, 2025, 3:14 pm
