TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sembilan lelaki termasuk remaja ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan Rengit

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT 28 Okt – Polis menahan sembilan individu termasuk seorang remaja lelaki selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Rengit, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap seorang suspek yang membuat bising sehingga menimbulkan kekacauan kepada orang awam.

“Tangkapan dilakukan pada jam 12.10 tengah malam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun telah direman empat hari sehingga Khamis ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, sebelum kejadian, salah seorang suspek menunggang motosikal sambil membuat bising berhampiran lokasi kejadian.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 40 saat tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bertengkar sebelum salah seorang daripada mereka menterbalikkan motosikal, diikuti insiden pergaduhan melibatkan balingan meja, kerusi dan topi keledar di premis berkenaan.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa peralatan kedai rosak, manakala pelanggan yang berada di lokasi cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

+ - reset